Sila Menabung

Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN..

salam..

Alhamdulillah..Ramadhan dah kembali..dah 4 ari pose baru nak update dalam blog..ngeehh..

ok la pada semua..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..



Sunday, July 10, 2011

ntah ape-ape ntah..


salam..

ok sedar diri..lame dah tak hupdate blog yg dah lama berkulat ni..sebenarnye banyak benda nak story..tapi aku ni dah ade penyakit 'M'..lagi pon..since dah dok bersama en.suami fulltime..aku dah terminate broadband DIGI aku..so sekarang aku menumpang en.suami punyer broadband CELCOM..jimat kata nye..dan mulai saat itu lah..aku kureng sikit online nih..pasal en.suami mmg 24hours tolak masa tido dia msti ngan lappy n internet okeh..ni update blog pon time en.suami tengah belayor..bleh gitu..ngeehh..

oleh yang demikian..aku nak rase nak usulkan tok memakai wife..eh..eh..wifi broadband lorr..or..unifi ke..wahhh..hebat.. ;P laju gila katanye..


ok lah..chalo..

Wednesday, May 25, 2011

welcome to JB my dear..

salam..

Alhamdulillah berkat doa..akhirnye..en.suami dapat berpindah ke JB..yeaahhh...

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU...

setiap 16hb bulan May..macam biasa la..satu Malaysia menyambut Hari Guru..so sempena hari guru ni..aku nak ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik aku..dari sekolah tadika,rendah,menengah & poli..juga tak lupa jugak kat ibu n ayah aku..kerana menjadi guru tok aku sepanjang masa..Selamat Hari Guru Cikgu..=)

buat semua family aku n family en.suami yg bergelar guru..juga kawan2..aku ucapkan selamat hari guru..terutamanye en.suami tersayang..=)

Sunday, May 15, 2011

makan time..@ Hua Mui Restaurant


salam blog..

lama rasa nya aku tak update cerita sendiri kat blog ni..asik ambil artikel2 orang lain aku kongsikan kat sini..kan..kan..???hehehe..
harini aku nak share tempat melantak..almaklum en.suami ku suka mencari tempat melantak..aku pon suka..=) kalau ikotkan mmg banyak gak tempat2 melantak yg dia dah bawak..dan banyak gak gamba yang aku ambik..tp disebabkan aku yang tersangat rajin..so semua info n gambar2 tersebut hanya sudi memenuhkan dan memberatkan HP aku jek..kasi 'hang'..huh..

ok la sementara aku tengah rajin ni..aku nak share satu tempat makan ni..mmg old skol style weh..huhuuh..ari tu aku makan kueh teaw lakna, en.suami makan chicken chop..n roti bakar..sedap gak..tapi yang tebaik..kopi ais dia arrr..dah la..baik kita layan gmba jek la..


aku tak sempat amik gamba kedai..so ni aku cilok dari image google..




chicken chop yang dah habis..hehehe tak sempat gak..=)

yang penting tuan tanah kedaung..bersama kopi ais nye..=)



Thursday, April 7, 2011

positive thinking..

Positive thinking is a mental attitude that admits into the mind thoughts, words and images that are conductive to growth, expansion and success. It is a mental attitude that expects good and favorable results. A positive mind anticipates happiness, joy, health and a successful outcome of every situation and action. Whatever the mind expects, it finds.

By Remez Sasson

Wednesday, March 30, 2011

Renungan lagi..

" Apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesunguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus berkekalan..Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

-Saidina Ali bin Abi Thalib-

Tuesday, March 29, 2011

TAWAKAL JALAN TERBAIK HADAPI DUGAAN HIDUP

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.

Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.

Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’

copy

Monday, March 21, 2011

kawan makan kawan..eh makan bersama kengkawan ;p

salam..

hari ni ada masa sikit nak berblogging..pasal MC tekak sakit dan selsema..saja nak cerita pasal cuti minggu lepas..yang sedia maklum bila start cuti sekolah je..aku pon start la apply cuti tahun..bebudak opis dah biasa pasal benda ni dah jadi rutin bila aku dah kawin..biasa nye orang yang dah ada anak apply cuti..tapi aku takde anak g pon nak sebok gak..kekeekek..al maklum suami ku guru..

cuti hari tu aku balik rumah MIL..kat sg.buloh..dah lama tak balik..jumpa family en.suami..tolong2 mak masak2..mak masak sedap..sambil blajar masakan kegemaran en.suami..pastu..jalan2..makan2..bersama itu perkara biasa kalau balik sana..

selain bersama family in law..melepak n merayap bersama BFF en.suami antara agenda penting dlm list en.suami ..yela klu kat JB en.suami tak pernah jemu nak layan si isteri ni bersama BFF nye..so aku takde masalah mengikut mereka juga..lagipon mereka amat sporting n poyos..mereka sangat rapat since dari sekolah..macam gak aku n kengkawan..memang rapat wlpon dah beranak penak..so aku sangat memahami kalau en.suami nak jumpa BFF..kekadang aku pon sebok nak ikot..tapi biasa la lelaki lepak sampai pepagi buta..lagipon aku saja nak kasi chance diorang bergossiping..(budget mcm aku n kengkawan ke..pantang jumpa..gosip lebeh...) hehehehe..

antara aktiviti bersama rakan2 en.suami en.ijal ..tgok cerita merong mahawangsa,,pastu g makan n buat suprise2 ayam nak sambut bufday en.eddy..tersipu2 malu dibuatnye..hehehe..patutnya bersama lagi seorang anggota rakan2 en.suami iaitu en.angah..tp tak datang pasal tak sempat..so on jek la tiup lilin n potong kek yg comel..habis gak kek tersebut dibaham kami..

tu dia kek yg comel..

bufday boy..yg control macho..solo g ye..sila anta borang..kekekeke

en.suami n en.ijal..(bakal mengakhiri..........)


okeh..abis cuti balik la..pasal besok nye nak bekerja..sebelum berangkat balik JB..en.ijal menawarkan diri untuk berjumpa sebentar..nak laga pipi katanye bersama member baiknye..bluweekk..pastu dibekalkan kami air yang sedap..hehehehe..TQ en.ijal..nati banje lagi..en.suami teruja gilos..
air bekalan tok pulang..coklat..sedap..

Monday, March 14, 2011

program kami MUSNAH..!!!!

okeh..entry agak tragis kan..??

aku sekarang sedang bercuti di rumah family mertuaku..hanya ini sahaja program yang dapat aku n en.suami lakukan..dari beratus program yang sepatutnya dilaksanakan..beratus la sangat..kekekekeke..mana tak nye..cuti sudah diplan 2 bulan sebelum..nak pegi situ la sini la..beli tu la..beli ni la..semuanye punah n musnah..kerana :-Justify Full
  1. en.suami dikehendaki ke kursus yang telah diaturkan guru besar dia..
  2. aku lak takde relief pasal relief aku kena pergi course..suddenly..
  3. pastu aku takleh la amik cuti panjang2..cutiku dipendekkan..ok la daripada langsung tak diberi cuti..lagi la merana kan..??
kalau ikotkan plan..banyak tempat aku nak g tau..g perak..jitra,kedah..n kuala kedah..suma nak g attend kenduri kawen sefufu en.suami..tapi apakan daya..semuanya tak dapat diduga..

anyway..aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat k.wany & Syafiq..semoga berbahagia melayari alam perkahwinan sehingga ke akhir hayat..

gamba takde..

Sunday, February 20, 2011

MARI BERPELUH..

entry cepat n pantas..seperti kilat...zaassss...

semalam aku n kengkawan main badminton..aktiviti bersama rakan2 tahun ni dimulakan dengan aktiviti sihat..syabas!!!! korang...harap2 kekal hendak nye ye..nak upload gamba..takde lak..tunggu rakan sesukan upload..baru aku tempel sekali yekk..

tu jek nak cerita..challosss...


Sunday, January 23, 2011

rumahku syurgaku...



salam...

entry ni agak lame la dok dalam draf blog aku nih..tak berkesempatan nak publish..ni pon gamba dah lame aku masuk..tapi citer nye yang tak siap2..ceehhh..budget panjang arr aku nk citer..

dulu aku ade buat entry nak beli rumah..Alhamdulillah..rezeki tu ada..kami pon sebulat suara membeli rumah di kawasan Nusajaya..dekat gak ngan opis aku..harga pon sangat berpatutan..cukup lah tok kami yang baru nak start hidup sebagai suami isteri..

mase letak gamba ni aku rase teruja gila pasal ade rumah sendiri bersama suami terchenta..bila dapat kunci jek..macam2 benda aku nk buat..buat tu la..buat ni la..nak beli itu dan ini..tapi poket membataskan aku nak buat & beli macam2..last nye aku buat aper yg termampu, dan beli apa yang penting sahaja..en.suami pon ulang alik JB-Muar..ianya sangat menggunakan kos ye..so sila berjimat..nati layan jek la gmba ntah pape..pasal teruja kannn...

Alhamdulillah..kelengkapan asas suma dah ada..ye semua nye yang asas sahaja..tiada yang lain dari yang lain..ia nya hampir sempurna..sesuai dengan aku dan en.suami..kami hanya pasangan weekend sahaja..en.suami masih bekerja kat muar..weekend jek baru balik..so ini lah tempat kami melepak sebagai suami isteri..kalau dulu weekend jek balik rumah mak aku..Insyallah kalau en.suami dapat berpindah di JB..baru lah nak bikin rumah yang lebih ekstrem..kekekeke..tp bergantung dengan budget simpanan kami..Insyallah amin..

okeh..so yok layan la gamba yang aku sempat amik..


rumahku syurgaku...Alhamdulillah..

pandangan depan rumah..time ni baru jek dapat kunci..

ni kena buat checking rumah..kalau ade rosak kena buat complaint..so salah satu complaint yang kami buat..

ni BFF aku yang tolong cuci rumah kami..sorang lagi haza..tp gamba takde lak..TQ beb korang..

sesi memindahkan baju..dari rumah mak aku..ala tak suma pon..pasal time keje tdo sane lagi..

seterusnye gamba2 soping barang rumah..mase 1st time masuk..ade jek yg tak cukup..


alas kaki..beli tok bilik2 yg penting jek..

ni bakul baju bersih..masih tak cukup..beli lagi..tok baju kotor lak..


tempat letak beras n tong sampah dalam rumah..korang rase yang mane satu la tempat beras ek??atas tu besen n tapis..masih tak mencukupi..so g beli lagi..=D

langsir buatan ibuku..suka..terima kasih bu..dia sangat committed dalam pembikinan langsir ni hokeh..kain beli dekat nilai..

***lagi satu cita pasal jiran..ramai gak kawan2 sekolah n kawan2 bank dok dalam taman yang sama..tapi yang aku teruja tuh..salah sorang kawan skolah aku tuh bbtul dok sebelah rumah aku..ni memang tak disangka..cerita nye cerita rupa nye sebelah jek rumah dia ngan rumah aku..tapi dia belum pindah lagi..pasal tunggu anak dia lahir..then settle suma baru pindah masuk..hihihhi..

Wednesday, December 22, 2010

luv 3 boys..

salam...

aku skang ni tengah mode rindu kat anak sedara aku..ceehh..ye betul arr..aku ada 3 anak sedara..suma boys..iman,alif & syahmi..biase nya aku selalu jumpa iman n alif jek pasal diorang stay kat jb..syahmi lak stay kat KL..akan balik bila ada cuti panjang..n syahmi gak bakal mendapat adik..wahhhh!!bertambah lagi duit raya aku nk bagi..kekekeke..sangat suka..kot2 dapat gurl ek...

ok cita pasal bbudak ni..kalau bersama memang riuh sekampung..mungkin syahmi kena mengambil masa tok keserasian bersama 2 beradik yg sememangnye riuh..ala..klu dah boys..its boys la..kejap jek dah jadik geng..

iman = seorang abang..cool..
alif = suka nak bercerita..tapi cakap pelat..lawak arr..
syahmi = pelawak..mcm bapak dia..

lagi sebulan lebih..2 beradik iman & alif n daddy..ikot mama dia pegi jepun..lebih kurang 4 tahun diorang stay kat sane nati..hurrmmm..sangat rindu mereka..

syahmi plak..tak sabar nak jumpa adik awak nati..mak et doakan semua selamat..

oklah..mari berkenalan dengan 3 boys itu ye..



hurmm..tengok..macam2 ragam la..

yang peace tu alif..sebelah dia syahmi..
nama saya syahmi..

bersama pak ucu mereka..sebelah alif abg dia la..iman..
rombong school iman g singapore..iman yang bawak botol air hijau yang besar tu..




alif yang ambik gmba ni..



alif ngan kucing..




Monday, December 20, 2010

jadi pendatang yg di izinkan


salam..

aku tengah mood cuti tahun yang balance2 nak kena habiskan..ikotkan cuti aku ni aku nak g KL jumpa family mertuaku dan habiskan masa bersama suami yang sedang bercuti sekolah..tapi tak jadi..so lepak2 kat JB..di rumah sendiri..

since plan lepak JB..aku n en.husband nak pegi kukup-pontian buat passport..nmpak macam jauh..tapi cepat sikit dari buat kat pekan rabu-jb..yeke??entah tapi aku buat kat kukup amik mase 4jam gak arr..aku pegi pon time diorang baru nak start rehat..nasib arr diorang rehat rotate..klu tak jenuh gak nunggu diorg melantak..

selama aku tinggal kat JB ni dari kecik yang jiranye yg bedekatan Singapore..ni la 1st time buat passport antarabangsa..selalu jek orang dengar orang g singapore..tapi aku..redha jek..yang aku penah buat pon passport g Sabah jek..tu pon mase ayah aku kena posting g sane..hehehe..mesti pelik kan passport g sabah..haah dlu g sabah kena buat passport..

k..selepas 4 jam menunggu..akhirnye..passport ditangan..teruja seh..sian kat aku..baru ader passport..jom la jadi pendatang..

time nak buat passport ni pon tak la plan sgt..mcm tetibe jek..so gmba passport pon tak la diambil awal..kata en.husband..ala..amik kat sane jek..okeh..redha jek ngan tudung renyuk style..kekkeke..k la sila lihat gmbaku..


nak g mane g ekk..?g indon best gak ek..asik diorang jek jadi pendatang..aku nk g sane jadi pendatatang gak..pendatang yg di izinkan..kekekeke

Thursday, December 16, 2010

kerja = duit.. betul ke??

  1. kerja adalah ibadah..
  2. kerja = duit..

dua-dua same jek bagi aku..yg penting keseimbangan dan niat dalam menjalan kedua2 misi diatas..betul ke..??hurrmm..fikirkan dulu la..nati sambung..sila nasihat...

chaloowww...

Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH..jom masak..

=)

salam Maal-Hijrah buat semua umat Islam..tahun baru islam dah start..cepat nye msa weh..grr..tp tahun ni aku berazam tok perbnyakkan amalam aku..Insyallah.. tok bekalan akan dtg..

ok sempena tahun maal hijrah..cam biase arr tok org makan gaji mcm aku nih..confirm arr dapat cuti..sgt teruja klu cuti semenjak dua tiga menjak ni..n semenjak dua tiga menjak ni gak aku dah duduk berasingan..berasingan..???aku dok berasingan..ngan mak ayah aku arr..biase nye ia nya akan berlaku klu ari cuti jek..pasai nye en.suami takde ketika ari kje..dia dok kat muar..kiteorang skang dok umah baru kteorang..lokasi nye kat nusa indah..nati arr aku cite pasal umah baru aku kat next entry..hehehehe..tetibe tersenyum mcm kmbing..sambil tesipu2 malu..malu arr..pasal entry umah baru dh lame aku buat tp lom post2 g..ade jek tak kna ngan post tuh..hehehe..budget mcm bagus jek aku..chettt..

eh tetibe lain lak cite..aku just nk citer aktivitis aku time cuti maal hijrah tadi..itu pon pasal aku masak jek pon..takde pe yg pnting sgt pon..pon..kan..pon..pon..pondan..

pasal masak aku mmg tak hebat mane pon..tapi aku suka test skill aku..just nk cek bleh ke masak aku nih..tadi aku test masak lemak labu ngan sawi..my feveret wehh..pastu lawan ikan masak smbal..mcm jadik arr..rase ada macam mak aku masak..kira lepas arr kan..en.husband pon makan jek..bleh masuk arr tu..tp dia mmg kurang makan ikan n sayur..tp aku lak sebalik nye..suka makan sayur..n yg pedas2..air panas..compare ngan en.husband..dia suka ayam..sayur tak makan..suruh makan baru makan..tp ok skit dari dulu..dlu langsung tak..tak makan pedas..sian aku nngok klu dia mkn pedas..berpeluh2..so kebnyakkan masakan aku masak ikot selera dia..tp skang smjak dok umah sndiri ni dia jek masak..dia mmg pndai masak..sedap..bagi aku lah..

ok lah..nk mmbuta nih..kasi tnjuk gmba heh..

*chef in the house for today : pn.siti..en.suami rehat..hehehehe


masak lemak labu n ikan masak sambal..


try buat strawberry trifle..pernah try makan kat rumah my BFF pn.faizah tanye resepi..pastu lupa..last nye aku google jek arr..so ni step2 aku buat..takde resepi..google jek la sndiri..kekekeek


ok gmba dari sudut atas..selepas ltak jelly krystal..org letak buah cmpur aku letak laici n peach..

ni dari sudut tepi lak..nmpak layer kan..??hehehehe



ni lak time for next layer..susu n custard..


whipped cream yg mmula mcm tak nk letak jek..sbb whipped cream aku bli tu jenis yg cair..so nk jadikan dia gebu aku kna pukul smpai kembang..masalah nye aku takde bnda yg leh kembang kan dia..then try la pakai garfu..peehh...jenuh tak kembang gak..sian seh aku(naif gilos aku nih pasal bnda2 cmni)..pastu ckp ngan en.suami..takyah letak arr..tp aku rase mmbazir lak bli cream tuh..nekad jek g bli pemukul mentega/telur yg manual tuh..klu tak jadik kmbang pon aku dh try kan..so g bli kat tesco berdekatan,,cehh..tak nak ngalah pompuan ni..g arr bli kat kedai runcit jek..nk kat tesco gak..dengan usaha jaya nya..berjaya gak aku jadikan bnda alah tu kembang..kekeke..(k..abai kan kesengalan aku..aku tau aku tak hebat..;P)

hasil nye..nmpak cntik kn??tp custard dia cam lembik skit..patut aku ltak tepung custard lebih skit..baru mantap..but anyway..gud try siti..caiyok..nati buat yg lain lak heh..

Posted by Picasa

Tuesday, November 9, 2010

hopeless..

hurrmmm..tetibe aku ada perasaan mcm tajuk kat atas..sedih mcm nak nangis..kenapa ek..??aku perlukan perubahan tok diri sendiri..cuba buat satu perubahan untuk kebaikan diri aku..mood masih seperti diatas..


Monday, November 8, 2010

woooiitttt..ko buat ape tuuhh???!!!!

huh..intrro terperanjat..terperanjat kah..??

tetiba nak bagitau yg tangan aku ringan gila..mata aku leh tahan untuk tidak membuta..badan aku buat2 tak penat..padahal penat gila..hanya nak tukar layout blog aku..apakah yg aku cuba lakukan..??aku buat-buat takde keje....padahal hari2 bawak balik keje..tak keje gak..ntah pape jek..ko tau tak dah kol bape ni siti??kol 2.35pagi dohh..weh besok ko kje arr..!! pegi tido...!!shoohhh...shoohh...

Sunday, October 24, 2010

damai giloss...

watcha...!!!

ok..intro yang sedikit semangat ye tuan-tuan & puan-puan..seperti bangun pagi mengeliat pastu buat tangan macam ultraman taro sambil menjerit ayat seperti diatas..WATCCHHAA..!!!
hah..hah..hah..semangat tak korang??semangat kan..??kan..??kan..??hah try la buat banyak kali..kalau korang nak rase suami korang kat sebelah bangun n ketuk kepala korang pakai tukul besi..(tetiba magik kat tmpt tdo ada tukul besi..) ..ni bagi yg dah kawen arr..klu yg masih bujang..kot2 nk rase mak korang bwk kuali masuk bilik pastu telungkupkan kuali tu kat kepala korang..kasi nada sebutan tu bergema sampai telinga..dan boleh mengakibatkan pekak seumur hidup..klu nak rase try la tips2 aku nih..kekekeke..bodo nye tips nih..
ape aku bbual nih..actually..(sleng mat saleh skit)..ngeehh..tajuk diatas adalah untuk cerita selanjutnya ye..citer sebelum ni adalah kerepek jek..
korang ada kampung tak..??kali ni aku nk citer pasal kampung aku yg gila damai..walaupun depan jalan raya..aku sgt suka balik kampung..kampung aku nih masih kat johor g..kat Tangkak,Muar..lama tak balik kampung..rindu siot..so lepas balik dari perkembumian nendaku bsok nye aku singgah ke kampung Tangkak..sambil mmbuat aktiviti mengumpul hasil tanaman kampung..kekekeke..jom tengok kampung aku..

KAWASAN DEPAN RUMAH

ok..ni kawasan depan umah..n yg tangga tu tmpat melepak n sesi bergambar..;)



ni kat tepi rumah..nmpak tak bapak aku tgh mengutip hasil tanaman..kekeke..

okeh ni ibu aku sebelum memakai tudung..bila nmpak aku sebok snap2 pic..siap ckp "ltak la gmba ibu ni yg cantik sikit..ni pakai sekop(anak tudung) jek.."pastu trus cari tudung..dia ckp biar nmpak mantap sikit..kekeke..kelakar arr mak aku..

ha ni gamba ibu aku pakai tudung..cheehh siap nk tnjuk tgh buat keje..hahaha
yang watak terbaru tu..makcik aku..kakak kepada ibu aku..diorang tgh basuh daun pandan..tok meniaga kata nya..
sekali lagi watak utama tgh buat keje..
tu hero dia..tgh cabut ubi kayu nak buat kuih katanya..

BELAKANG RUMAH



kenal tak ni..ni la pondokku syurga ku..kekeke hotak ko ct..ni jmban hokeh..
sekali lagi mari ambik gmba jmban dari sudut yg sopan..
dulu masa aku kecik..tmpat ni tempat masak knduri n masak raya..skang dh kurang dah


last..gmba kaki photographer..

ok ni yg last skali..nk jugak..