Sila Menabung

Sunday, February 7, 2010

RUMAHTANGGA KU...

cehhh title nak gempak.. ;P ngehh..

ok..semenjak en.anwar dah mengenalpasti tempat posting mengajarnye yg nun di kejauhan dari aku=muar..kami suami isteri berbincang & bercadang untuk membeli rumah sendiri..(ceehh..ayat..)..selama kiteorang kahwin..kteorang dok menumpang umah mak ayah aku..lagipon kami adalah pasangan yg berjauhan..jumpe seminggu sekali jek..en.anwar ada memberi cadangan tok aku dok umah sewa..yela alasan untuk sedikit bebas..tapi aku terus menolak cadangan itu kerana isteri nye sedikit penakot nak dok sorang..n lagipon aku cakap membazir jek..(alasan kuat kan..nak dok bwh ketiak ibuku..ngeehh)ok berbalik pasal nk beli rumah..walaupon kami jauh..kami rase skang lah mase nye untuk membeli rumah..atleast duit aku akan pergi ke bayaran bulan rumah daripada aku berjoli2 dengan perkara yang menyusutkan duit terkumpul aku yang ala2 berkepok2 tuh..(huh..sedapkan ati..padahal cecukup jek..)..aku tau nak beli & pilih umah bukan nye senang..nk kena pkir banyak2 n mcm2..tp tujuan sebenar aku nak beli adalah untuk melaburkan duit titik peluh aku & suami dengan benda yang nyata..dan tujuan lain..aku dapat bersama dengan en.anwar di rumah sendiri tanpa segan silu..hehehehe..

kiteorang dah mula start survey2 umah..umah baru..second pon aku survey..tapi kami dah mengenalpasti rumah yg macam nak beli..dekat NUSA INDAH..aku rse fasa ke2..rumah tu baru nak siap..n nk beli kena melalui developer..klu nak ikot kat market kira murah la..beza byk gak..tapi kalau aku beli last 2 year same type lagi murah..coz dia tengah test market kata nye..area kwasan tu mmg biase jek..tapi taman kat sekitar dia mmg dh membangun..dekat ngan taman bukit indah..nusa idaman..kalau korang tau..taman tu leh nampak dari highway nak ke gelang patah..nmpak macam belom nk bangun lagi..tp hopefully aku invest di tempat yang betol..korang rase ok tak..??or ader nk beri cadangan lain..??

kat bawah ni aku ader tips untuk membeli rumah dari kementerian perumahan yang perlu diambil tahu oleh pembeli..walaupon aku ni tau selok belok urusan loan rumah tapi tips kat bawah ni byk membantu dari segi urusan lain selain loan..



Panduan Kepada Pembeli Rumah

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:

• Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
• Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Kenal Pasti Jenis Rumah
Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untukbangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) sepertikondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan. Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripadapemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuknombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah

Pastikan status tanah sama ada:-

• Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
• Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
• Rezab Melayu.
* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri

Maklumat Brosur

Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-

1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
2. Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
3. Nama dan alamat:
i) Pemaju perumahan berlesen

ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)

iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)

iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)


4. Status tanah:
i) Bebas

ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan

iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman


5. Dekripsi kedudukan
i) Spesifikasi bahan binaan rumah

ii)Luas bangunan

iii)Kemudahan/perkhidmatan


6. Nama projek perumahan, jika ada;
7.Tarikh projek perumahan dijangka siap;
8.Harga jualan setiap jenis rumah;
9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan
10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan nombor rujukannya.

lebih lanjunt leh link kat sini

5 comments:

Md Nasir said...

satu tips yg aku nak bagi..
"fikir masak dan study betul2 rumah yg ko nak beli tu.."

ko pun taukan,rumah nie bukan setahun dua punya hutang,silap sampai ke tua pun x habis bayar lagi.cam aku dulu beli rumah pun dah kira terburu-buru..darah muda katakan..ewah..

lagipun beli rumah kosnya tinggi..nak pindah nanti lagilah melambung-lambung betul x?

dari beli kereta besar2 baik kita beli rumahkan..ada gak value akan dtg..bleh buat investment,tak gitu..

sitiZ said...

tu la nasir..aku skang ni nak kata tergesa2 tak jugak..tp sebok berangan nak ada umah sendiri..sbb skang aku rase mcm dh bnyak buang duit la..nati ble sbok sgt memilih..harga umah pulak sik nak naik lak..uuiihh..fening la..ko dlu slah beli umah ke..??beli kat ne..??

Md Nasir said...

betul gak tu..rumah makin lama makin naik.bulan nie kita tgk harga ok bulan depan survey balik kekadang bleh beza dkt RM10k.
aku beli rumah 5 tahun lepas kat bandar pulai jaya.mmg aku suka pun rumah camtu,cuma aku skrg nie aku rasa cam aku beli dulu terlalu lebih dari market value.
salah aku gak x survey dulu market value kaw keliling..apa bleh buat,dah terbelikan..

Unknown said...

hye siti, 1st time bc blog ko...
jom la dok kat nusa indah
leh berjiran...hehehe
area kat c2 kira ok la
si sariz pun beli umh kat c2 gak!!!

sitiZ said...

yeke..??hahahah..aku tgh g survey ctu..k nati kte berjiran ye..