Sila Menabung

Wednesday, March 30, 2011

Renungan lagi..

" Apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesunguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus berkekalan..Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

-Saidina Ali bin Abi Thalib-

Tuesday, March 29, 2011

TAWAKAL JALAN TERBAIK HADAPI DUGAAN HIDUP

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.

Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.

Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’

copy

Monday, March 21, 2011

kawan makan kawan..eh makan bersama kengkawan ;p

salam..

hari ni ada masa sikit nak berblogging..pasal MC tekak sakit dan selsema..saja nak cerita pasal cuti minggu lepas..yang sedia maklum bila start cuti sekolah je..aku pon start la apply cuti tahun..bebudak opis dah biasa pasal benda ni dah jadi rutin bila aku dah kawin..biasa nye orang yang dah ada anak apply cuti..tapi aku takde anak g pon nak sebok gak..kekeekek..al maklum suami ku guru..

cuti hari tu aku balik rumah MIL..kat sg.buloh..dah lama tak balik..jumpa family en.suami..tolong2 mak masak2..mak masak sedap..sambil blajar masakan kegemaran en.suami..pastu..jalan2..makan2..bersama itu perkara biasa kalau balik sana..

selain bersama family in law..melepak n merayap bersama BFF en.suami antara agenda penting dlm list en.suami ..yela klu kat JB en.suami tak pernah jemu nak layan si isteri ni bersama BFF nye..so aku takde masalah mengikut mereka juga..lagipon mereka amat sporting n poyos..mereka sangat rapat since dari sekolah..macam gak aku n kengkawan..memang rapat wlpon dah beranak penak..so aku sangat memahami kalau en.suami nak jumpa BFF..kekadang aku pon sebok nak ikot..tapi biasa la lelaki lepak sampai pepagi buta..lagipon aku saja nak kasi chance diorang bergossiping..(budget mcm aku n kengkawan ke..pantang jumpa..gosip lebeh...) hehehehe..

antara aktiviti bersama rakan2 en.suami en.ijal ..tgok cerita merong mahawangsa,,pastu g makan n buat suprise2 ayam nak sambut bufday en.eddy..tersipu2 malu dibuatnye..hehehe..patutnya bersama lagi seorang anggota rakan2 en.suami iaitu en.angah..tp tak datang pasal tak sempat..so on jek la tiup lilin n potong kek yg comel..habis gak kek tersebut dibaham kami..

tu dia kek yg comel..

bufday boy..yg control macho..solo g ye..sila anta borang..kekekeke

en.suami n en.ijal..(bakal mengakhiri..........)


okeh..abis cuti balik la..pasal besok nye nak bekerja..sebelum berangkat balik JB..en.ijal menawarkan diri untuk berjumpa sebentar..nak laga pipi katanye bersama member baiknye..bluweekk..pastu dibekalkan kami air yang sedap..hehehehe..TQ en.ijal..nati banje lagi..en.suami teruja gilos..
air bekalan tok pulang..coklat..sedap..

Monday, March 14, 2011

program kami MUSNAH..!!!!

okeh..entry agak tragis kan..??

aku sekarang sedang bercuti di rumah family mertuaku..hanya ini sahaja program yang dapat aku n en.suami lakukan..dari beratus program yang sepatutnya dilaksanakan..beratus la sangat..kekekekeke..mana tak nye..cuti sudah diplan 2 bulan sebelum..nak pegi situ la sini la..beli tu la..beli ni la..semuanye punah n musnah..kerana :-Justify Full
  1. en.suami dikehendaki ke kursus yang telah diaturkan guru besar dia..
  2. aku lak takde relief pasal relief aku kena pergi course..suddenly..
  3. pastu aku takleh la amik cuti panjang2..cutiku dipendekkan..ok la daripada langsung tak diberi cuti..lagi la merana kan..??
kalau ikotkan plan..banyak tempat aku nak g tau..g perak..jitra,kedah..n kuala kedah..suma nak g attend kenduri kawen sefufu en.suami..tapi apakan daya..semuanya tak dapat diduga..

anyway..aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat k.wany & Syafiq..semoga berbahagia melayari alam perkahwinan sehingga ke akhir hayat..

gamba takde..